BANGI BANDAR TAMAN, SATU CABARAN
Majlis perasmian bangunan tambahan menempatkan tempat solat muslimat di Surau Ar-Ridhuan, Apt Seri Cempaka (Council Homes) Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Menelan belanja RM 30 ribu disiapkan melalui kontraktor AZ Qasturi Resources..Dalam ucapan aluan Dr. Shafie mengingatkan jemaah memenuhi pengisian Bangi sebagai bandar ilmu. Sebahagian penduduk Bangi masih tidak sedar mereka berada dalam kawasan ilmu.
”Kedudukan kita begitu istimewa, dikelilingi oleh berbagai institusi pengajian. Ambil peluang ini mempertingkatkan ilmu didada. Tanamkan semangat dan insya Allah bumi Selangor yang makmor telah tersedia bermacam kemudahan.Jangan tengok sahaja”
Aktiviti surau dan masjid harus diimarahkan semaksimum mungkin. Berbekalkan ilmu didada kita dapat membendung gejala sosial, mentarbiah jiwa kita cintakan Islam. Seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera sebagaiman kita semua impikan.
Dalam masa yang sama usaha sedang dilaksanakan menjadikan Bangi sebagai sebuah bandar taman, penuh kehijauan, teratur dan bersih. Kempen yang dimulakan pada bulan Februari 2009 mula mendapat sambutan. Hampir setiap hujung minggu taman perumahan dan kawasan kampong menganjurkan gotong-royong membersihkan kawasan.
Mampukah kita menyaingi bandar Shah Alam dengan kelebihan yang ada?